suria

Ariani Perkenal Koleksi 'Ready-To-Wear'

Butik Ariani turut mengumumkan pemilihan pelakon Bella Dally sebagai Duta Ariani 2015. -Foto LOW BOON TAT/THESTAR.
BARU-BARU ini galeri tudung muslimah terkenal, Ariani mengadakan pertunjukkan fesyen serta pra pelancaran sempena perpindahan dan pembukaan butik Galeri Ariani baharu di Jakel Mall Kuala Lumpur.  

Istimewanya pertunjukkan tersebut menampilkan rangkaian rekaan serta koleksi terbaharu butik berkenaan untuk 2015.

Koleksi 'ready-to-wear Ariani mengetengahkan konsep 'Modesty Urban'. 


Bukan itu sahaja, Galeri Ariani turut tampil memperkenalkan produk keluaran terbaharu mereka, Ariani Ready-To-Wear

Mengetengahkan konsep 'Modesty Ubran', koleksi pakaian Ready-To-Wear ini terdiri daripada Full Printed Blouse yang didatangkan dengan pelbagai motif seperti floral, abstrak serta baroque

Koleksi ini sememangnya menarik kerana boleh disuai padan dengan Emboidery blouse, Tweed  dan Jacquard Jacket serta jubah yang boleh dipakai bersama
Palazzo Pants serta Flaire Skirt

Kesemua koleksi Ready-To Wear  ini berkonsepkan sophisticated modest year dan didatangkan dengan pelbagai variasi warna serta pilihan fabrik. 

Blouse keluaran Ariani sesuai untuk dipadankan bersama 'flaire skirt'.


Menurut Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Farah Haryani Muhammad Philip, biarpun kualiti dan fabrik pakaian ready-to-wear diimport daripada luar negara, namun Jakel masih lagi mementingkan harga yang mampu milik kepada pelanggannya. 

"Harga yang kita tawarkan memang mampu milik, pakaian ready-to-wear dijual serendah RM59 dan ke atas mengikut jenis fabrik dan kualiti pakaian tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Ariani Fashion Show 2015 di Wisma Jakel, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Mengulas lanjut, Farah Haryani berkata, bagi mereka yang mempunyai bentuk badan yang besar juga usah bimbang kerana Ariani ready-to-wear menyediakan saiz pakaian sehingga XL yang boleh dipakai oleh mereka yang bertubuh gempal. 

Untuk peminat tudung dan selendang mereka pasti akan terpesona dengan konsep modern elegance yang sudah pun berada di pasaran ketika ini. 


Antaranya Selendang Lace, Tiara Camelia, Tiara Shiffon Beaded Swarovski, Selendang Farisha , Adelia dan banyak lagi. 

Harga yang ditawarkan untuk selendang juga mampu milik serendah RM39 dan ke atas. 


Ariani turut mengadakan jualan besar-besaran sempena pelancaran pembukaan galerinya selama 10 hari bermula 27 Mac lalu.

Pada majlis tersebut, Ariani turut mengumumkan pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd dan pelakon Bella Dally, dipilih sebagai Duta Ariani untuk tahun 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain