suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menangi Ticket Tayangan Perdana "Kingsman: The Secret Service"

KEPADA peminat filem aksi! 20th Century Fox, bakal memberikan hadiah bagi membolehkan 10 penonton bertuah bersama pasangan masing-masing (10 X 2 orang) menonton filem terbaharu Kingsman: The Secret Service sempena tayangan perdana pada 16 Februari depan. Ia akan ditayangkan pukul 9 malam.

Bagi memenangi tiket ini, pastikan anda Like pada Facebook mStar Online dan jadilah orang pertama untuk menjawab soalan mudah dengan tepat.

Soalan-soalan mudah itu akan disiarkan di Facebook mStar Online pada 2 Februari dan 3 Februari 2015 (9 malam – 9.30 malam).

mStar Default Image
Salah satu adegan dalam Kingsman: The Secret Service.

Filem ini dihasilkan berdasarkan komik terkenal arahan Matthew Vaughn yang sebelum ini turut mengarah filem Kick-Ass (2010) dan X-Men: First Class (2011).

Kingsman: The Secret Service menceritakan kisah sebuah pertubuhan perisik yang merekrut kanak-kanak jalanan untuk diserapkan dalam program latihan agensi itu.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Februari 2015.

Artikel Berikut

Artikel Lain