suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita cedera main ‘rope swing’ atas kapal layar, doktor terkejut tak pernah tengok jenis kecederaan mangsa

Kejadian itu berlaku pada hari ketiga pelayarannya.

PERCUTIAN impian seorang wanita bertukar menjadi mimpi ngeri apabila alat sulitnya cedera parah selepas menyertai satu aktiviti di atas sebuah kapal persiaran.

Kirsten Lindsey, 28, yang baru pertama kali menaiki kapal persiaran terjatuh ketika melakukan aktiviti ‘rope swing’ pada hari ketiga pelayaran.

Sewaktu aktiviti rekreasi itu, Kristen perlu berhayun menggunakan tali sebelum terjun ke dalam air.

Menurut teman lelakinya, Blake Ford, tali yang digunakan menjadi tegang sehingga menyebabkan Kristen terjatuh dalam keadaan tidak bersedia.

Dakwa lelaki itu, tali tambahan yang dipasang untuk aktiviti itu dipercayai tidak disambungkan dengan betul. 

Ia menyebabkan bahagian kemaluan Kristen membengkak secara luar biasa yang mana ia digambarkan sebesar buah limau.

Ketika kejadian itu, kapal persiaran yang dinaiki mereka sedang berlabuh di Roatán, Honduras.

Kristen kemudiannya diterbangkan ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

Dia menjalani pembedahan dan doktor yang merawatnya dilaporkan berkata mereka tidak pernah melihat kecederaan seperti itu sebelum ini.

Dalam kemas kini terbaharu di Facebook pada Khamis, Kirsten memaklumkan dia sudah pulang ke rumah selepas selesai menjalani pembedahan.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan kepadanya melalui kutipan dana GoFundMe. -Agensi

Artikel Lain