SEORANG penganggur lelaki ditahan polis selepas berjalan dalam keadaan berbogel sebelum memasuki sebuah kedai serbaneka pada Rabu.Dalam kejadian awal pagi itu, polis menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa terlihat seorang lelaki berbogel berjalan di sebatang jalan. Polis kemudian menjalankan pencarian sebelum menerima panggilan daripada pekerja sebuah kedai serbaneka di Kochi, Jepun kira-kira pukul 4 pagi.Pekerja itu memaklumkan seorang lelaki berbogel telah memasuki kedai berkenaan sebelum keluar semula.Polis kemudian menemui lelaki terbabit, Reo Kubo, 28 di kawasan parkir kedai sebelum menahannya atas kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.Menurut polis, Kubo mengaku dia berbogel kerana terasa mahu berjalan tanpa pakaian dan pernah melakukan perkara sama sebelum ini.Polis turut mengesahkan lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. -Agensi