suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tergamak tekup mulut dan hidung bayi hingga maut, sorok mayat bimbang hilang pekerjaan

Membunuh bayi sendiri adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang sebelum ini didakwa kerana meninggalkan mayat bayi yang baru dilahirkannya kini berdepan pertuduhan baharu atas dakwaan membunuh mangsa.

Menurut kenyataan polis pada Khamis, pihaknya mengeluarkan waran tangkap baharu terhadap Tripita Lestari, 21 selepas wanita warga Indonesia itu didakwa menekup mulut dan hidung bayi perempuannya sehingga lemas.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di apartmennya di Bandar Fukaya, wilayah Saitama, Jepun pada Disember tahun lalu.

Pada Mei lalu, dia ditahan selepas mayat bayi berkenaan ditemukan di dalam sebuah kotak kadbod di apartmennya sebelum didakwa kerana meninggalkan mayat tersebut.

Menurut polis, Tripita mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat.

Tripita mendakwa bertindak demikian kerana bimbang kehilangan pekerjaan jika majikannya mengetahui dia melahirkan anak, sekali gus tidak dapat mengirim wang kepada ibu bapanya di Indonesia.

Siasatan mendapati Tripita tiba di Jepun pada Oktober tahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat pemprosesan makanan di wilayah Saitama menggunakan pas pekerja mahir khusus. -Agensi

Artikel Lain