SEORANG lelaki maut dipercayai ditikam selepas bertengkar dengan penduduk seorang penduduk kampung dalam kejadian pada malam Rabu.Mangsa, Namami Patel, 30, mengalami kecederaan parah selepas diserang menggunakan senjata tajam sebelum dibawa ke sebuah pusat kesihatan dan dirujuk ke hospital. Bagaimanapun, dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan dalam kejadian di Kampung Saliwada, Madhya Pradesh, India.Polis memaklumkan siasatan berhubung kes bunuh telah dibuka dan suspek, Ghanshyam Kevat, sedang diburu.Keluarga mangsa mendakwa kelewatan ambulans dan pasukan kecemasan menyebabkan Namami gagal menerima rawatan segera walaupun mereka sudah beberapa kali menghubungi talian kecemasan.Mereka turut mendakwa ambulans di Hospital Bargi mengalami kerosakan, memaksa mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan persendirian.Menurut polis, dakwaan itu sedang disiasat dan tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan, manakala motif kejadian akan dikenal pasti selepas suspek ditahan. -Agensi