suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pura-pura ajar berenang, pelancong Switzerland bertukar predator! Remaja lelaki 14 tahun jadi mangsa amang seksual dalam air

Jangan biarkan kanak-kanak atau remaja bersendirian dengan individu yang tidak dikenali. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelancong ditahan polis selepas didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun.

Menurut keterangan, mangsa itu menemani ibunya ke tempat kerja sebelum meluangkan masa bersendirian di kawasan pantai.

Ketika berada di sana, mangsa mendakwa seorang pemuda warga Switzerland menghampirinya sebelum memulakan perbualan dan mengajak untuk berswafoto.

Lelaki berkenaan kemudian bertanyakan alamat rumah mangsa sebelum bertindak mengajak remaja tersebut turun berenang di laut.

Suspek didakwa berpura-pura mengajar mangsa berenang sebelum melakukan serangan seksual di dalam laut.

Kejadian itu berlaku di Pantai Patong, Phuket, Thailand pada Isnin lalu, manakala suspek ditahan pada Selasa.

Suspek dibawa ke Mahkamah Wilayah Phuket untuk tahanan sementara polis terus mengumpul bukti bagi meneruskan pendakwaan. -Agensi

Artikel Lain