suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siswi tahun pertama jurusan sastera ditikam 14 kali… Suspek berang lamaran kahwin ditolak!

Tangkap layar video ketika pelajar itu diserang suspek dalam kejadian Jumaat.

SEORANG pelajar kolej wanita berdepan detik mengerikan apabila diserang dengan tikaman sebanyak 14 kali dalam tempoh cuma 47 saat pada petang Jumaat.

Mangsa yang baru berusia 19 tahun itu kini dilaporkan sedang kritikal dan bertarung nyawa di hospital akibat mengalami kecederaan parah pada organ dalaman.

Insiden berdarah itu dipercayai berlaku berhampiran Madhav Club, Ujjain di India.

Ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Suspek dikenali sebagai Sunil Jaroliya, 21, berjaya diberkas polis dalam tempoh tiga jam selepas kejadian.

Menurut kenyataan polis, suspek didakwa menyimpan hasrat untuk mengahwini mangsa.

Lelaki itu bertindak ganas di luar kawalan selepas lamarannya ditolak mentah-mentah, selain mangsa ketika itu sudah enggan berkomunikasi dengannya.

Difahamkan, suspek terlebih dahulu menahan mangsa di jalan di mana mereka sempat berbual ringkas, sebelum dia bertindak menyerang secara bertubi-tubi.

Selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa namun mengalami patah kaki selepas terjatuh ketika melompat pagar.

Mangsa yang dikenali sebagai Pooja atau Gungun merupakan pelajar tahun pertama jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan berasal dari Bapu Nagar.

Selain belajar, dia turut bekerja sebagai operator komputer (kerani data) di sebuah farmasi di Dawa Bazar.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian perut, leher dan tangan. -Agensi

Artikel Lain