suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sangka kawan jelmaan hantu, lelaki ‘halau’ guna tukul sampai mati!

Individu di bawah pengaruh alkohol cenderung untuk bertindak di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa memukul rakannya hingga maut menggunakan tukul selepas menuduh mangsa sebagai hantu, selepas kedua-duanya menghabiskan masa seharian minum minuman keras bersama.

Dalam kejadian pada petang Rabu lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Banjong, 57, mengalami kecederaan parah selepas dipukul kira-kira 20 kali di bahagian kepala dan badan.

Dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Nam Phong, wilayah Khon Kaen, Thailand.

Menurut Penguasa Balai Polis Nam Phong, Kolonel Polis Chumphon Buachum, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian sekitar pukul 5 petang.

Katanya, suspek dikenali sebagai Wichan, 59, masih berada di lokasi kejadian sebelum ditahan kira-kira pukul 7 malam tanpa cuba melarikan diri.

Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek menikmati minum minuman keras bersama di pondok ladang milik suspek sejak waktu pagi.

Kedua-dua lelaki itu kemudian bertengkar dan suspek dilaporkan menuduh mangsa sebagai hantu sebelum mengambil tukul dari dalam pondok dan menyerangnya. 

Polis merampas tukul dan barang-barang berkaitan lain sebagai bukti.

Suspek didakwa atas tuduhan menyerang sehingga menyebabkan kematian. -Agensi

Artikel Lain