suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah pilih OOTD ketika cuaca panas... Influencer pakai ‘crop top’ nampak pusat dihalang masuk pesawat!

Edda berkata dia hanya dibenarkan menaiki penerbangan selepas memakai jaket.

SEORANG pempengaruh mendakwa dihalang daripada menaiki pesawat kerana memakai seluar pendek dan baju 'crop top' ketika cuaca panas melampau.

Menurut Edda Elisa, 25, dia memilih untuk memakai pakaian sukan itu bagi mengurangkan rasa panas ketika suhu melebihi 30 darjah Celsius.

Edda mendakwa perjalanan mereka terganggu selepas dihalang oleh seorang kakitangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ketika cuba mengimbas pas masuknya.

Dia kemudian menyarungkan sehelai jaket, namun masih diarahkan supaya menutup zip sepenuhnya sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Edda akhirnya berjaya memasuki kabin dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan selepas menutup badannya dengan jaket berkenaan.

Dalam pada itu, pihak Lufthansa berkata penumpang perlu memakai pakaian yang sesuai dengan sifat perjalanan awam serta tidak mengganggu keselesaan penumpang lain.

Peraturan itu merupakan sebahagian daripada syarat am syarikat, dengan kakitangan diberi kuasa menggunakan budi bicara dalam situasi tertentu.

Lufthansa turut memaklumkan pihaknya memandang serius laporan mengenai ketidakselarasan dalam penguatkuasaan peraturan dan akan menyiasat setiap insiden secara dalaman. -Agensi

Artikel Lain