suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korban gempa bumi Venezuela cecah 164 mangsa, tiada rakyat Malaysia terjejas

Keadaan struktur bangunan yang terjejas teruk.

JUMLAH kematian akibat gempa bumi yang melanda Venezuela meningkat kepada sekurang-kurangnya 164 orang, manakala 971 lagi disahkan cedera setakat awal pagi Khamis.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemangku Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez, dalam kemas kini terbaharu mengenai bencana berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa bimbang angka sebenar korban mungkin jauh lebih tinggi berikutan banyak bangunan dilaporkan runtuh atau mengalami kerosakan teruk.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Menurut Rodríguez, sekurang-kurangnya 30 gegaran susulan telah direkodkan sejak dua gempa bumi utama melanda negara itu.

Dalam temu bual bersama penyiar televisyen milik kerajaan, beliau berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghantar pasukan penyelamat ke kawasan terjejas.

Beliau dalam masa sama menggesa rakyat Venezuela supaya kekal tenang dan bersatu dalam menghadapi situasi sukar itu.

Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya terus berada di kediaman masing-masing sekiranya struktur bangunan didapati masih selamat untuk diduduki.

Dalam perkembangan sama, Kedutaan Besar Malaysia di Caracas mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat bencana yang melanda negara berkenaan.

"Kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan terus memantau perkembangan semasa.

"Pihak berkuasa Venezuela masih menilai keadaan semasa termasuk jumlah kemalangan jiwa dan skala penuh kemusnahan," menurut kenyataannya pada Khamis.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud dilaporkan berlaku kira-kira 21 kilometer dari daerah Moron, iaitu 168 kilometer ke barat Caracas.

Gegaran itu dirasai secara meluas di seluruh negara, termasuk Caracas serta negeri Trujillo, Carabobo, Miranda dan La Guairá. -Agensi

Artikel Lain