suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak buang periuk elektrik lama, rupanya ‘tempat simpanan’ emas mendiang ibu bernilai lebih RM50,000

Individu yang menemui barangan berharga sewajarnya bersikap jujur dengan menyerahkannya kepada pihak berkuasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengawal keselamatan menjadi perhatian ramai selepas menemui hampir 100 gram emas di dalam sebuah periuk nasi elektrik yang dibuang, namun memilih untuk menyerahkannya kepada polis bagi mencari pemilik sebenar.

Ketika kejadian, lelaki berusia 70-an dari Geoje, Wilayah Gyeongsang Selatan, sedang menjalankan tugas mengasingkan barangan kitar semula di sebuah kompleks pangsapuri.

Sewaktu memeriksa sebuah periuk nasi elektrik yang ditinggalkan di kawasan pelupusan, dia menemui sebuah beg plastik hitam di dalamnya.

Lebih mengejutkan, beg tersebut mengandungi beberapa jongkong emas, syiling emas dan sebentuk cincin.

Menurut Agensi Polis Kebangsaan (NPA), jumlah keseluruhan emas yang ditemui dianggarkan seberat 93.75 gram atau 25 don, dengan nilai pasaran sekitar 19.1 juta won (sekitar RM51,000).

Di Korea Selatan, ukuran tradisional "don" digunakan bagi emas, dengan satu don bersamaan 3.75 gram.

Meskipun berpeluang menyimpan penemuan itu, pengawal berkenaan mengambil keputusan untuk melaporkannya kepada polis pada keesokan harinya dan meminta bantuan pihak berkuasa mengesan pemilik sebenar.

Polis kemudian menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kitar semula.

Hasil siasatan mendapati emas tersebut sebenarnya milik seorang wanita warga emas yang baru meninggal dunia.

Difahamkan, wanita itu menyimpan emas berkenaan di dalam periuk nasi sebagai tempat simpanan rahsia.

Bagaimanapun, anak-anaknya yang sedang mengemas barangan peninggalan ibu mereka tidak mengetahui kewujudan emas tersebut sebelum membuang perkakas berkenaan.

Semua barang kemas yang ditemui akhirnya berjaya dikembalikan kepada keluarga wanita itu.

Kisah berkenaan mula tular selepas NPA memuat naik video di saluran YouTube rasminya yang memaparkan pengawal keselamatan itu membawa periuk nasi tersebut ke balai polis.

Rata-rata netizen memuji kejujuran lelaki berkenaan dan menyifatkan sikap amanahnya wajar dicontohi. -Agensi

Artikel Lain