suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja stesen minyak kritikal dibakar hidup-hidup, pelanggan tak puas hati harga petrol

Menurut polis, mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 37 peratus pada anggota badannya. -Foto NDTV

SEORANG pekerja stesen minyak disiram petrol dan dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan tiga pemuda, susulan pertengkaran mengenai harga bahan api tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Selasa, mangsa yang dikenali sebagai Akash Sengar, 26, dari Gwalior, Madhya Pradesh, India mengalami kecederaan melecur serius dan kini dirawat di Hospital Jayarogya.

Menurut polis, insiden bermula apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah motosikal tiba di stesen minyak berkenaan sebelum berlaku pertengkaran dengan Akash mengenai harga petrol.

Perang mulut kemudian bertukar agresif apabila salah seorang suspek didakwa menyiram petrol ke atas Akash sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api.

Saksi memaklumkan keadaan bertukar kecoh apabila Akash yang sedang dijilat api berlari sambil menjerit meminta pertolongan.

Bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat pelancongan berhampiran, segera bergegas ke lokasi selepas menyedari kejadian tersebut.

Dalam usaha menyelamatkan anaknya, lelaki itu turut mengalami kecederaan melecur pada bahagian kaki.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian kemudian membantu memadamkan api sebelum membawa kedua-dua mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Polis berkata Akash mengalami kecederaan melecur kira-kira 37 peratus pada anggota badannya dan keadaannya masih kritikal.

Susulan kejadian itu, dua suspek telah ditahan pihak berkuasa sementara seorang lagi masih diburu.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian serta mengambil keterangan saksi bagi membantu siasatan. -Agensi

 

Artikel Lain