suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petugas kesihatan didakwa rogol budak OKU 5 tahun, beri alasan 'tak ingat' selepas ditahan

Mangsa akan mengalami trauma susulan serangan seksual yang berlaku. -Gambar hiasan

SEORANG bekas pekerja pusat jagaan harian kanak-kanak kurang upaya (OKU) ditahan selepas disyaki melakukan penderaan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Suspek berusia 46 tahun itu dipercayai membawa mangsa ke apartmennya sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila suspek turut merakam aksi kejadian menggunakan telefon bimbitnya.

Kejadian di Chiba, Jepun itu berlaku ketika suspek sedang dalam tugasan untuk menghantar mangsa pulang ke pusat jagaan.

Berdasarkan laporan polis pada Isnin, suspek bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak mengingati kejadian yang berlaku sekitar Februari 2024.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menemukan beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kemungkinan wujud mangsa tambahan.

Susulan itu, pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan berhubung perkaitan video-video berkenaan dengan suspek. -Agensi

Artikel Lain