suria

Marahkan anak 4 tahun tak pandai tulis nombor 1 hingga 50, bapa belasah sampai hilang nyawa!

Ibu bapa perlu sentiasa memantau kerja sekolah anak-anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipercayai dipukul dan dihentak ke lantai oleh bapanya sendiri.

Tindakan kejam suspek berpunca daripada kegagalan anaknya menulis nombor satu hingga 50.

Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di Faridabad, India, pada Rabu sekitar pukul 12.10 tengah hari ketika suspek sedang memantau kerja sekolah anaknya.

Berdasarkan laporan, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai cuba menutup tragedi berdarah itu dengan menyatakan mangsa terjatuh dari tangga.

Pegawai perhubungan awam polis Faridabad, Yashpal Yadav berkata, suspek naik berang apabila mangsa gagal menyiapkan tugasan sebelum menampar, memukul menggunakan penggelek kayu dan menghentak kanak-kanak itu ke lantai.

"Kekerasan yang dilakukan itu membuatkan mangsa mengalami lebih sedozen kesan lebam, patah tulang serta kecederaan parah di kepala," katanya.

Suspek kemudiannya membawa mangsa ke hospital dan mendakwa anaknya jatuh tangga.

Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami kira-kira pukul 6.30 petang hari sama.

Menurut Yashpal, insiden pembuhan terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis sekitar pukul 1 pagi, Khamis.

Ia berikutan anak lelaki mereka yang berusia enam tahun mendedahkan bahawa adiknya dipukul oleh suspek.

Susulan itu, polis menahan suspek pada hari yang sama dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 103(1) kerana membunuh.

Pada Jumaat, lelaki itu dibawa ke mahkamah dan direman sehari bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!