suria

Demi cinta terlarang, isteri tekup muka suami dengan bantal! Sempat layan video intim sebelah mayat dengan kekasih gelap

Mangsa yang ditekup wajah dengan bantal boleh meninggal dunia akibat lemas. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditahan polis atas dakwaan membunuh dengan menekup wajah suaminya sehingga meninggal dunia.

Berdasarkan siasatan awal, Lakshmi Madhuri  pada mulanya didakwa memasukkan ubat tidur ke dalam nasi briyani yang dimasak untuk suaminya.

Sewaktu mangsa, Lokam Shivanagaraju, terlelap selepas menjamu selera, Madhuri didakwa menghubungi kekasihnya, Gopi, untuk datang ke rumah.

Mereka berdua kemudian didakwa menekup wajah Shivanagaraju menggunakan bantal sehingga mangsa lemas dan meninggal dunia.

Selepas kejadian itu, Madhuri menyebarkan berita kepada penduduk kampung yang suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kecurigaan timbul apabila bapa dan rakan-rakan Shivanagaraju memeriksa mayat dan mendapati terdapat kecederaan serta kesan darah.

Mereka kemudian membuat laporan polis, sekali gus mencetuskan siasatan rasmi ke atas kematian Shivanagaraju.

Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada lemas serta kecederaan pada dada, sekali gus menolak kemungkinan punca semula jadi.

Kejadian itu berlaku di Guntur, Andhra Pradesh, India.

Ketua Polis Guntur, Vakul Jindal, mengesahkan penahanan Madhuri dan teman lelakinya.

Berdasarkan siasatan, Madhuri dan Gopi dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan sulit.

Madhuri juga didakwa menonton video lucah di sisi mayat mangsa pada malam kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi merungkai punca sebenar pembunuhan berkenaan. -Agensi

Artikel Lain