suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup berjaga sampai pukul 4 pagi, pasangan dicekup buat aksi tak senonoh di pantai

Pasangan dicekup ketika buat aksi tidak senonoh di pantai. -Foto Bangkok Post

AKSI tidak senonoh seorang lelaki warga asing dan seorang wanita Thailand membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa di Pantai Pattaya, awal pagi Jumaat.

Lebih mengejutkan apabila aksi tidak senonoh itu dilakukan hanya beberapa meter dari balai polis.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu disedari pengunjung pantai yang kemudiannya bertindak melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Kehadiran pasangan itu bukan sahaja memalukan, malah mengejutkan pelancong lain yang sedang bersantai di kawasan sekitar.

Pihak polis yang tiba di lokasi berjaya menahan kedua-dua individu itu ketika mereka masih berada di lokasi.

Menurut polis, lelaki warga asing tersebut berada dalam keadaan mabuk dan gagal memberikan jawapan yang jelas ketika disoal siasat.

Malah, dia turut mendakwa pasport miliknya hilang.

Wanita tempatan yang bersamanya turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, mereka pada mulanya menafikan perbuatan tersebut, namun membuat pengakuan selepas polis mendedahkan bukti rakaman.

Kes kini disiasat di bawah undang-undang Thailand berkaitan kelakuan tidak senonoh di tempat awam. -Agensi

Artikel Lain