SEORANG warga emas ditahan selepas dipercayai cuba membakar menantu dan cucu perempuannya yang baru dilahirkan.Berdasarkan laporan, suspek berusia 75 tahun didakwa tidak berpuas hati apabila menantunya melahirkan anak perempuan. Susulan itu, dia yang dikenali sebagai Prafulla Ray dipercayai membeli petrol dari sebuah kampung berhampiran sebelum menyiram bahan mudah terbakar itu ke atas katil dan membakarnya dengan niat untuk membunuh menantu serta cucunya.Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Susmita sedang tidur sebelum tersedar apabila api marak dan membakar sebahagian bilik serta harta benda di dalam rumah.Mangsa bagaimanapun berjaya mencapai bayi perempuannya dan lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Kendrapara, Odisha, India.Mereka dilaporkan bermalam di luar rumah kerana bimbang akan keselamatan.Difahamkan, Susmita berkahwin dengan Susanta Ray lapan tahun lalu dan suaminya mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.Selepas melahirkan anak perempuan, Susmita didakwa sering menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suami serta keluarga mentuanya.Sementara itu, Ketua Balai Polis Pattamundai Rural, Shrikant Barik berkata, polis bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pemeriksaan pasukan forensik."Suspek ditahan dan kertas siasatan dibuka di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Larangan Mas Kahwin," katanya.Kes dilaporkan oleh kakak mangsa, Kanakalata Ray. -Agensi