suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rangka manusia ditemukan tergantung dalam rumah kosong... Keluarga reda, tolak proses bedah siasat

Keluarga mangsa berhak menolak proses bedah siasat. -Gambar hiasan

BEBANAN hutang yang tinggi membuatkan seorang wanita berusia 44 tahun nekad menggantung diri di sebuah rumah yang disita pada Khamis.

Mangsa didakwa tertekan akibat masalah hutang termasuk pinjaman dalam talian dan pinjaman peribadi daripada rakan serta jiran tetangga.

Ketua Polis Sektor Cileungsi, Kompol Edison berkata, mayat mangsa ditemukan pada Khamis sekitar pukul 2 petang di sebuah rumah yang sebelum ini disita pihak bank.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan hanya tinggal rangka dan tengkorak.

"Hasil pemeriksaan awal melalui telefon bimbit mangsa turut mengarah kepada suaminya, yang memaklumkan bahawa isterinya hilang sejak Julai 2024," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Cileungsi, Bogor di Indonesia.

Menurutnya lagi, keluarga mangsa sebelum ini melakukan usaha pencarian dan melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis.

Namun malangnya, usaha tersebut tidak berhasil.

Susulan penemuan itu, keluarga mangsa menganggap ia sebagai musibah dan memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

Malah, mereka meminta agar tiada bedah siasat dilakukan bagi mempercepatkan proses pengebumian. -Agensi

Artikel Lain