suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah giat jalankan program anti buli, tapi tak sedar murid dibuli rakan sampai mati

Datuk bandar (dua, kanan) dan wakil jabatan pendidikan turut hadir ke rumah mangsa. -Foto Pemkot Pekanbaru

SEORANG murid sekolah rendah meninggal dunia, didakwa dibuli rakan sekelasnya. 

Mangsa berusia 13 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dikasari, termasuk ditendang di bahagian kepala ketika sesi belajar secara berkumpulan. 

Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Negeri 108 Kelurahan Tangkerang Labuai, Pekanbaru di Indonesia pada Ahad.

Sebelum meninggal dunia, mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa dia telah dikasari rakan sekelas. 

Keluarga mendakwa insiden itu menyebabkan keadaan mangsa merosot sehingga membawa kepada kematian.

Menurut pengetua di Sekolah Rendah Negeri 108 Pekanbaru, Artina, pada Isnin, mereka tidak mengetahui mengenai kejadian buli tersebut dan hanya dimaklumkan mengenai dakwaan itu selepas kematian murid berkenaan. 

Pihaknya menyatakan mereka telah menjalankan program anti-buli secara rutin dan akan memperketatkan pengawasan sebagai langkah pencegahan susulan tragedi ini. 

Keluarga mangsa bagaimanapun sudah melantik peguam bagi tindakan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain