suria

[V] Anak tokoh agama tanggal tudung di majlis perkahwinan, tayang rambut merah tanda protes kahwin paksa

Pengantin perempuan ini dikatakan menanggal tudung sebagai tanda protes kahwin paksa. -Gambar media sosial

SEORANG pengantin perempuan yang juga anak kepada tokoh agama nekad membuka tudung pada hari penikahannya sebagai tanda protes.

Menerusi perkongsian video di TikTok [Tonton Video], tindakan pengantin perempuan, Ning Robwah itu mengejutkan masyarakat kerana dia dilahirkan dalam keluarga agamawan terkenal.

Keputusan Ning yang berasal dari Madura, Sampang di Indonesia ini menanggalkan tudung dengan rambutnya berwarna kemerahan dipercayai sebagai tanda protes terhadap perkahwinan yang diatur sejak dia kecil. 

Dalam keluarganya, perkahwinan yang diatur dianggap amalan biasa, khususnya dalam kalangan keluarga agamawan.

Bapa pengantin perempuan dikatakan bersetuju memenuhi permintaan anaknya untuk menanggalkan tudung pada majlis tersebut.

Setakat ini, identiti bapa Ning yang digelar kiai tidak didedahkan sepenuhnya. 

Dia hanya dikenali sebagai tokoh agama yang mengatur perkahwinan antara Ning dengan pengantin lelaki, Gus Kafin.

Pengantin lelaki yang memakai jubah dan serban hanya kelihatan reda dengan keadaan isterinya itu.-Agensi

 

Artikel Lain