suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki kecewa bos tak lulus cuti, suruh kerja dari hospital sambil tunggu isteri bersalin - “Awak bukannya perlu buat apa-apa pun”

Seorang suami sepatutnya bersama isteri ketika sedang melahirkan anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berasa terkilan apabila mendakwa majikannya memaksa dia bekerja dari hospital ketika isterinya sedang melalui proses bersalin.

Menurut perkongsian di Reddit, lelaki itu sudah memaklumkan keadaan isterinya yang dimasukkan ke hospital dan memohon cuti selama dua hari.

Namun pengurusnya dikatakan meminta cuti itu ditangguhkan atau dia bekerja terus dari hospital.

Kejadian yang meraih perhatian ramai itu dipercayai berlaku di India tetapi tiada butiran lanjut dikongsikan individu berkenaan.

Lebih mengejutkan, pengurus berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sensitif kepadanya dalam satu perbualan antara mereka di WhatsApp.

"Awak bukannya perlu buat apa-apa pun (ketika isteri bersalin)," jelas majikannya dalam mesej tersebut. -Agensi

Artikel Lain