suria

Kunjungan ke kafe bertukar tragedi... Bakal pengantin dipercayai terjun dari tingkat 9, sempat berbual di telefon dan pesan teh

Pelbagai faktor menjadi punca seseorang nekad menamatkan riwayat sendiri. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan awal tahun depan, maut selepas dipercayai terjun dari sebuah kafe yang terletak di tingkat sembilan dalam sebuah kompleks membeli-belah, pada Jumaat.

Kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira pukul 8 malam, ketika wanita berusia 28 tahun berkenaan datang bersendirian ke Tea Partner Cafe, di Surat, dekat Gujarat.

Mangsa yang dijadualkan bertunang dan berkahwin pada Januari tahun depan, dilaporkan sering mengunjungi kafe berkenaan bersama tunangnya. 

Difahamkan, lokasi kejadian juga merupakan tempat yang sering mereka lawati.

Menurut seorang pekerja di premis tersebut, pada hari kejadian, mangsa yang merupakan seorang ahli fisioterapi memesan teh, sebotol air dan duduk selama kira-kira 20 minit sambil berbual di telefon seperti biasa.

Pekerja itu mendakwa bahawa sebaik sahaja keluar dari dapur, dia terlihat mangsa memanjat ke kawasan tinggi sebelum terjun secara tiba-tiba.

Dalam pada itu, polis memaklumkan pihaknya sudah memulakan siasatan bagi menentukan punca sebenar kejadian tersebut, termasuk mengambil keterangan daripada keluarga mangsa.

Polis turut meneliti telefon bimbit mangsa dan menemui mesej yang dihantar kepada tunangnya yang bertulis, 'Jangan cerita setiap perkara kecil kepada ibu bapa kamu'.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain