suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang cuci dipecat gara-gara anjing liar baring atas katil pesakit di pusat kesihatan

Haiwan terbiar boleh menjadi pembawa penyakit dan mengundang risiko kepada kesihatan manusia. -Gambar hiasan

SEORANG tukang cuci dipecat serta-merta selepas video yang menunjukkan anjing liar berbaring di atas katil pesakit di sebuah pusat kesihatan komuniti kerajaan menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pusat Kesihatan Komuniti Killaud, dekat Madhya Pradesh, India, menurut seorang pegawai tempatan.

Pegawai perubatan, Dr Dharmendra Sharma berkata pihaknya telah menamatkan perkhidmatan tukang cuci berkenaan serta-merta. 

Selain itu, gaji jururawat yang bertugas pada masa kejadian turut dipotong untuk tujuh hari, sebagai langkah tegas.

"Pihak berkuasa kesihatan telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kekurangan pengawasan ini," kata sumber kepada pemberita. -Agensi

Artikel Lain