suria

[V] Lelaki hempap, raba wanita idaman sedang solat di masjid... Mengaku dah lama simpan perasaan

Tangkap layar video ketika seorang wanita diserang secara seksual oleh Thoriq.

SATU hantaran video tular memaparkan detik cemas seorang wanita diserang secara seksual sebelum dipukul ketika sedang menunaikan solat di sebuah masjid.

Insiden yang mengejutkan itu berlaku pada 31 Oktober lalu ketika mangsa, berusia 22 tahun sedang solat bersendirian di dalam masjid dalam suasana yang sunyi.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah masjid di daerah Bumi Waras, Bandar Lampung, Indonesia selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar di media sosial [Tonton Video].

Menurut Ketua Polis Teluk Batung Selatan, Galih Ramadhan Hariomursid, suspek dikenali sebagai Thoriq Hablana, 23, berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian. 

"Daripada pengakuan dibuat pelaku ini, dia menaruh perasaan terhadap mangsa walaupun mereka tidak pernah berkenalan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Galih berkata, suspek didapati sering melihat mangsa menunaikan solat di masjid berkenaan namun tidak pernah berani untuk mendekatinya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, mangsa pada mulanya dilihat sedang solat dalam keadaan masjid yang kosong. 

Tidak lama kemudian, suspek masuk dengan hanya memakai seluar pendek dan turut menutup wajahnya seakan-akan seorang 'ninja'.

Ketika mangsa sujud, suspek secara tiba-tiba duduk di atas kepala mangsa sebelum meraba bahagian sensitifnya dengan ganas. 

Mangsa yang terkejut cuba melawan tetapi lelaki itu bertindak lebih agresif dengan memukul kepala dan wajah mangsa berulang kali.

Serangan itu terhenti apabila seorang wanita lain masuk ke dalam masjid, menyebabkan suspek melarikan diri.

Mangsa pula dilaporkan menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami. -Agensi

Artikel Lain