suria

Lewat 10 minit ke sekolah, murid 12 tahun maut lepas didenda buat ‘sit-up’ 100 kali sambil galas beg

Mangsa maut selepas satu minggu melakukan denda. -Foto NDTV

SEORANG budak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira seminggu selepas didakwa melakukan 100 sit-up sebagai hukuman tiba lewat 10 minit ke sekolah.

Lebih menambah rasa sedih apabila hukuman itu dilakukan dengan keadaan dia menggalas beg sekolahnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di India pada 8 November lalu.

Berdasarkan laporan, mangsa, Kajal Gond mula mengalami sakit teruk di bahagian bawah belakangnya sejurus melakukan sit-up yang diarahkan kepadanya.

Kesihatannya bertambah buruk apabila dia pulang ke rumah pada hari itu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Situasi yang semakin teruk membuatkan dia terpaksa dipindahkan ke hospital di Mumbai.

Namun dia disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian iaitu pada 14 November yang merupakan Hari Kanak-kanak India.

Menurut keluarga mangsa, masalah kesihatan yang mengakibatkan kematian itu berpunca daripada hukuman yang tidak berperikemanusiaan. -Agensi

Artikel Lain