SEORANG warga emas berhasrat mewariskan seluruh hartanya termasuk rumah dan simpanan kepada individu yang ingin menjaga kucing kesayangannya.
Dia yang kini berusia 82 tahun tinggal bersendirian selepas kematian isteri kira-kira 10 tahun lalu.
Malah, warga emas dikenali sebagai Long dari Guangdong, China ini juga tidak mempunyai anak.
Menurut laporan media tempatan, kucing yang dikenali sebagai Xianba adalah satu-satunya empat kucing yang masih dipelihara.
Meskipun telah membuat iklan di media sosial, namun dia masih belum menemui individu yang sesuai.
Pada masa sama, dia juga meluahkan kebimbangan sekiranya terdapat kemungkinan penyalahgunaan hartanya, memandangkan China masih tiada undang-undang melindungi haiwan peliharaan.
Tambahan pula, pasaran haiwan peliharaan di China kini bernilai 300 bilion yuan (RM196 bilion), dengan lebih 124 juta kucing dan anjing direkodkan tahun lalu. -Agensi