suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terseksa sepanjang penerbangan, ‘jiran’ selamba hala tapak kaki ke wajah

Situasi yang dihadapi pengadu semasa dalam penerbangan ke destinasinya.

SEORANG wanita terpaksa melalui situasi menjengkelkan sepanjang penerbangan selepas penumpang yang duduk di sebelahnya berkelakuan kurang sopan.

Berkongsi cerita di media sosial, ujarnya, penumpang berkenaan bukan sahaja menanggalkan kasut, malah meletakkan kaki di atas kerusi sambil menghalakan tapak kaki terus ke arahnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kelihatan kaki penumpang berpakaian seluar polka dot itu berada sedikit di atas tempat duduk pengadu dan hampir mengenai pahanya.

Meskipun tidak selesa dengan situasi yang berlaku, pengadu mengakui terpaksa mendiamkan diri sehingga tiba ke destinasi.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hong Kong, namun tidak dinyatakan destinasi mahupun syarikat penerbangan.

Perkongsiannya itu membuatkan netizen bersimpati dan menasihatinya supaya terus membuat aduan kepada kru kabin. -Agensi

Artikel Lain