suria

Thailand dapat tiga Perdana Menteri dalam seminggu

Phumtham menjadi individu ketiga dilantik sebagai Perdana Menteri dalam minggu ini.

THAILAND menyaksikan tiga individu dilantik menerajui jawatan perdana menteri dalam tempoh seminggu.

Ia berlaku pada Khamis, selepas kabinet baharu mengangkat sumpah di hadapan raja susulan keputusan mahkamah yang menyaksikan negara terjerumus dalam pergolakan politik.

Pejabat perdana menteri telah bergolak pada Selasa apabila Mahkamah Perlembagaan menggantung tugas Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra sementara menunggu siasatan tingkah laku yang boleh mengambil masa berbulan-bulan.

Kuasa diserahkan kepada Menteri Pengangkutan dan Timbalan Perdana Menteri Suriya Jungrungreangkit yang menjawat jawatan selama sehari sementara menanti rombakan kabinet.

Bekas Menteri Pertahanan Phumtham Wechayachai mengangkat sumpah sebagai menteri dalam negeri oleh raja dan mengambil peranan timbalan perdana menteri mengatasi Suriya sekali gus menjadi pemangku perdana menteri.

Kerajaan Thai dalam satu kenyataan berkata, kabinet baharu meluluskan peranan Phumtham sebagai pemangku perdana menteri pada mesyuarat pertamanya.

Sebelum Paetongtarn digulingkan, dia menugaskan dirinya sebagai menteri kebudayaan dalam kabinet baharu, bermakna dia telah mengekalkan kedudukan di peringkat atasan kuasa.

Peralihan kepimpinan itu berlaku ketika Thailand bergelut untuk membangunkan semula ekonominya dan memukatamadkan  perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat bagi mengelakkan ancaman tarif Presiden Donald Trump sebanyak 35 peratus. -Agensi

Artikel Lain