suria

Simpan rangka dua bayi untuk upacara ritual, pasangan kekasih ditahan polis... Forensik dedahkan mangsa dibunuh sejurus dilahirkan

PASANGAN kekasih ditahan bagi membantu siasatan kes kematian membabitkan dua bayi mereka yang baru dilahirkan.

Kejadian itu terbongkar selepas seorang lelaki berusia 25 tahun membawa beg berisi rangka dua bayi baru lahir ke pejabat polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Thrissur, India.

Menurut pegawai polis Thrissur, SP Kumar, suspek yang dikenali sebagai Bavin berada di bawah pengaruh alkohol sebelum tiba di balai polis Pudukad kira-kira pukul 12.30 pagi.

Susulan pengakuannya itu, polis Kerala melancarkan siasatan dan menahan Bavin bersama pasangannya, Aneesha, 23, yang berkhidmat sebagai seorang juruteknik makmal. 

Hasil bedah siasat forensik pada tulang berkenaan turut mengesahkan kedua-dua mangsa baru dilahirkan.

Bavin juga mendakwa bahawa tulang itu telah disimpan untuk melakukan ritual supaya jiwa bayi yang baru lahir mencapai moksha.

 

Namun Aneesha menafikannya dan menyatakan bayi pertama yang lahir pada November 2021 mengalami sesak nafas sejurus selepas dilahirkan, dengan mayatnya dikebumikan di sebuah plot berhampiran rumah yang didiami mereka.

Lapan bulan kemudian, dia didakwa menggali lubang dan menyerahkan kerangka kepada Bavin.

Dia kemudiannya mengaku membunuh bayi kedua yang dilahirkan pada Ogos 2024 dan mengebumikannya dengan cara yang sama.

 Difahamkan, Bavin membuat pendedahan tersebut kerana kecewa apabila mengetahui Aneesha mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. -Agensi

 

Artikel Lain