TEHRAN akan menghentikan serangannya jika Israel melakukan perkara sama.
Perkara itu ditegaskan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi bagi menjawab kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung gencatan senjata antara Iran dan Israel.
Pengumuman di laman X itu sekali gus menjadikan ia kenyataan rasmi pertama Iran berhubung dakwaan gencatan senjata oleh Trump.
ARTIKEL BERKAITAN: Trump dakwa Iran-Israel sepakati gencatan senjata, perang 12 hari berakhir
"Setakat ini, tiada 'perjanjian' mengenai sebarang gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan.
“Bagaimanapun, dengan syarat rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya pukul 4 pagi waktu Tehran, kami tidak berhasrat untuk meneruskan lagi tindak balas selepas itu,” tulisnya di laman X.
Dia turut menegaskan bahawa keputusan muktamad mengenai pemberhentian operasi ketenteraannya akan dilakukan kemudian.
Malah dia menyatakan dengan yakin bahawa operasi ketenteraan angkatan bersenjatanya mampu mengalahkan negara regim Zionis itu.
"Operasi ketenteraan Angkatan Bersenjata kami kekal kuat untuk menghukum Israel kerana pencerobohannya berterusan sehingga minit terakhir, pada pukul 4 pagi.
“Bersama-sama dengan semua rakyat Iran, saya berterima kasih kepada Angkatan Bersenjata yang berani yang kekal bersedia untuk mempertahankan negara tercinta sehingga titisan darah terakhir mereka, dan yang bertindak balas terhadap sebarang serangan musuh sehingga saat-saat akhir,” katanya. -Agensi