suria

Anak ayam berkaki empat curi tumpuan, penternak kongsi cerita di sebalik keunikannya

Dua kaki tambahan pada sayap haiwan itu didapati bergerak serentak dengan kakinya yang lain. -Foto detikcom

PELIK tapi benar, seekor anak ayam berusia tujuh hari di Pekalongan, Indonesia dilahirkan dengan empat kaki!

Uniknya, kaki 'tambahan' yang tumbuh berdekatan sayap haiwan itu dikatakan bergerak seiring dengan dua kakinya yang lain.

Pemilik ayam berkenaan, Luthfi Hakim mendakwa itulah kali pertama dirinya menyaksikan kejadian luar biasa pada haiwan peliharaannya. 

"Induknya bertelur buat pertama kali. Daripada lapan biji telur secara keseluruhan, kesemua tujuh yang lain adalah normal. Hanya seekor sahaja yang unik," ujar lelaki berusia 52 tahun itu.

Sementara itu, pegawai Jabatan Keselamatan Makanan dan Pertanian (DKPP) Pekalongan, Dr. Mu'tassimbilah tampil memberi penjelasan.

"Kelainan pada anak ayam itu bukanlah suatu keistimewaan, melainkan simbolik bahawa ianya dilahirkan cacat," menurutnya. -Agensi

Artikel Lain