suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Air India bawa 242 penumpang ke London terhempas

Video tular di media sosial menunjukkan asap tebal berwarna hitam kelihatan dari lokasi nahas.

SEBUAH pesawat dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, Gujarat, India, pada Khamis. 

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai nahas belum diketahui setakat ini. 

Media tempatan melaporkan pesawat dipercayai milik syarikat penerbangan Air India itu terhempas beberapa minit selepas berlepas.

Video yang tular di media sosial menunjukkan asap tebal berwarna hitam berkepul di udara dari lokasi nahas.

Semua jalan ke kawasan berhampiran telah ditutup dengan tujuh jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut agensi ANI, terdapat 242 penumpang di dalam pesawat komersial yang dalam penerbangan menuju ke London. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia