suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekurang-kurangnya 107 individu dimasukkan ke hospital selepas jamah hidangan perayaan... Alami muntah, cirit-birit

Jangan berlengah mendapatkan rawatan di hospital sekiranya mengalami simptom luar biasa. -Gambar hiasan

SEKURANG-kurangnya 107 individu dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom muntah dan cirit-birit yang dipercayai berpunca daripada makanan yang dihidangkan semasa satu perayaan di kuil.

Menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa kesihatan, daripada jumlah yang dirawat, 55 merupakan wanita dan 11 adalah kanak-kanak, manakala baki selebihnya adalah lelaki. 

Kejadian dilaporkan berlaku di kampung Kalvimadai, Tamil Nadu pada Ahad.

Pada peringkat awal, mangsa menerima rawatan di hospital tempatan, namun sebahagian besar terpaksa dirujuk ke Hospital Kolej Perubatan Rajaji Kerajaan (GRH) di Madurai apabila gejala yang dialami bertambah serius.

Menurut doktor, insiden ini dipercayai berpunca daripada keracunan makanan, dengan air minuman yang tercemar disyaki sebagai punca utama. 

Namun begitu, pihak hospital menegaskan bahawa tiada kes yang melibatkan ancaman nyawa setakat ini.

Pihak berkuasa kesihatan negeri telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran serta mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa akan datang. -Agensi

Artikel Lain