suria

Cahaya indah ‘menari-nari’ di langit, pilot bawa jemaah haji terkesima saksi ‘objek’ tak dikesan radar

Objek terbang yang dirakam kameranya semasa dalam perjalanan menghantar jemaah haji.

SEORANG juruterbang Indonesia yang membawa 560 jemaah haji berkongsi pengalaman menyaksikan dua cahaya aneh di angkasa lepas ketika dalam penerbangan menuju ke Makkah.

Pada masa itu, dia mengendalikan pesawat Boeing 747-400.

Lebih dikenali sebagai Captain Ruud, ujarnya, ketika itu dia sedang menunaikan solat dengan memakai jaket kerana kokpit pesawat terasa sejuk.

"Keadaan di luar senyap sunyi ditaburi jutaan bintang yang bergemerlapan dengan indah.

"Tak lama kemudian mata kami tertumpu kepada cahaya yang bebas bergerak ke sana ke mari.

"Bersinar dengan terangnya, kadang-kadang dekat dan kadang-kadang jauh," ujarnya berkongsi tentang apa yang dilihat.

Pada masa sama, dia turut berasa pelik kerana cahaya atau objek terbang yang tidak diketahui (UFO) itu tidak dikesan oleh radar.

"Tapi anda baik dan tidak mengganggu.

"Hanya menunjukkan diri dengan menari dan bersinar atau lebih tepat sebagai penghibur di saat kami mengantuk keletihan kerana tugas.

"Tugas kami menghantar ribuan jemaah haji untuk tiba di Tanah Suci dengan selamat," tambahnya.

Captain Ruud tidak menolak kemungkinan cahaya yang dilihat selama beberapa saat itu sebagai Malaikat yang melindungi dan menemaninya selama bertugas. -Agensi

Artikel Lain