suria

Jurutera tak puas hati cinta ditolak, tikam janda 17 kali di hotel bajet

Jurutera tikam wanita berkenaan sebanyak 17 kali ketika kejadian.

SEORANG wanita berusia 33 tahun maut ditikam kekasihnya dalam kejadian tragis di sebuah bilik hotel bajet.

Ia dipercayai berlaku lewat malam Jumaat, namun hanya terbongkar dua hari kemudian.

Mangsa dikenali sebagai Harini, manakala suspek, Yashaa merupakan seorang jurutera teknologi maklumat berusia 25 tahun. 

Suspek dan mangsa tinggal di kawasan Kengeri, Bengaluru di India.

Menurut laporan, Harini ditikam sebanyak 17 kali menggunakan pisau selepas dia dikatakan mahu menamatkan hubungan mereka. 

Ketua Polis Bahagian Selatan, Lokesh B Jagalasar berkata, wanita itu sedang cuba menjauhkan diri daripada Yashas, namun suspek bertindak di luar kawalan kerana cemburu dan marah.

Difahamkan, hubungan sulit itu menimbulkan masalah kerana Harini merupakan ibu tunggal yang memiliki dua orang anak. 

Malah, berlaku ketegangan dalam keluarga mangsa selepas hubungan itu terbongkar.

Suspek kini ditahan pihak polis dan siasatan sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain