suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik vila ditahan kes bakar kereta, rupanya tak puas hati orang luar parkir sembarangan

Kereta milik mangsa yang terbakar sepenuhnya. -Foto Detik

SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki membakar kereta milik seorang juruteknik, berpunca daripada rasa tidak puas susulan mangsa memarkir kenderaan di kawasannya.

Berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian yang berlaku di Desa Ped, Nusa Penida, Bali malam Khamis lalu, mangsa memarkir kereta jenis Daihatsu Xenia miliknya di laluan menuju ke vila milik suspek. 

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja pemasangan elektrik di sebuah asrama berhampiran. 

"Seorang penduduk kemudian memintanya mengalihkan kereta setelah melihat seseorang berlegar dalam keadaan mencurigakan di sekitar kenderaannya.

"Awalnya kami mengalami kesulitan kerana kurangnya saksi. Namun, dengan kegigihan anggota, kami berjaya menangkap pelaku pembakaran ini," kata Ketua Polis Daerah Nusa Penida AKBP Ida Bagus Putra Sumerta.

Penduduk tempatan cuba membantu memadamkan api sebelum pasukan bomba tiba, namun api merebak dengan cepat dan memusnahkan sepenuhnya kenderaan milik mangsa.

Siasatan pantas Unit Siasatan Jenayah Nusa Penida membawa kepada penangkapan suspek pada keesokan harinya (6 Jun), ketika dia sedang berada di kediamannya.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku sengaja membakar kereta itu kerana marah dengan tindakan mangsa yang meletakkan kenderaannya di jalan masuk vila miliknya," kata Sumerta lagi.

Suspek kini ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain