suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian berakhir tragedi… Jurutera meninggal dunia ketika berlatih selam skuba

Bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

KEGEMBIRAAN seorang jurutera menghabiskan cuti bersama keluarganya sempena Aidiladha berakhir dengan tragis apabila dia meninggal dunia ketika menjalani aktiviti selam skuba di Dubai.   

Mangsa, Issac Paul Olakkengil, 29, dari Kerala, India, dilaporkan sedang bercuti bersama isterinya, Reshma, dan adik lelakinya, Ivin, ketika insiden berlaku di Pantai Jumeirah pada Jumaat.

Menurut laporan media, Olakkengil menghadapi kesukaran bernafas ketika berada di dalam air sebelum mengalami serangan jantung semasa sesi latihan selam skuba.

"Mereka sedang berlatih untuk menyelam skuba, dan dia (Olakkengil) tidak dapat bernafas dengan baik," kata bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai David.

Tambah beliau, keadaan menjadi panik apabila semua peserta dalam air terjejas akibat insiden berkenaan.

Isteri mangsa diselamatkan terlebih dahulu ke pantai, diikuti oleh mangsa dan adiknya.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia manakala abangnya kini berada dalam pemantauan doktor.

Pihak berkuasa Dubai telah merampas peralatan selam skuba yang digunakan bagi tujuan siasatan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain