suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua remaja perempuan diculik dari majlis kahwin, dirogol 4 lelaki

Mangsa rogol akan mengalami trauma untuk jangka masa panjang. -Gambar hiasan

DUA remaja perempuan masing-masing berusia 14 dan 15 tahun, didakwa telah diculik dari sebuah majlis perkahwinan dan dirogol beramai-ramai oleh empat lelaki, menurut kenyataan pihak polis. 

Polis berkata, kejadian dilaporkan berlaku 3 Jun lalu di daerah Ganjam, Odisha.

Menurut Penguasa Polis (SP) Brahmapur, Shravan Vivek, dalam aduan yang dikemukakan oleh keluarga mangsa, mereka mendakwa bahawa kedua-dua remaja bawah umur itu menghadiri sebuah majlis perkahwinan apabila mereka diculik oleh suspek.

"Mereka mendakwa anak perempuan mereka telah dirogol beramai-ramai. Mangsa turut diserang sebelum ditinggalkan di kawasan terbiar," jelas SP Vivek.

Siasatan awal polis mendedahkan bahawa kedua-dua gadis itu telah dipikat oleh dua lelaki, dan salah seorang daripada mereka mengenali salah seorang mangsa. 

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya disertai oleh dua yang lain, yang kemudiannya melakukan jenayah itu.

Laporan polis dibuat sehari selepas kejadian dan mangsa dihantar untuk pemeriksaan kesihatan pada 6 Jun.

Kesemua suspek didakwa cuba melarikan diri ke Visakhapatnam selepas kejadian, namun berjaya ditahan, kata pihak berkuasa. -Agensi

 

Artikel Lain