suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertengkaran berakhir tragedi… Lelaki penggal kepala isteri, bawa ke balai polis

Pesalah kes pembunuhan akan dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 28 tahun didakwa memenggal kepala isterinya sebelum membawa kepala mangsa ke balai polis.

Suspek yang dikenali sebagai Shankar, dipercayai membunuh isterinya, Manasa, 26 tahun, selepas berlaku pertengkaran hebat berhubung dakwaan hubungan sulit wanita itu dengan lelaki lain.

Menurut sumber polis, pada malam Selasa lalu, suspek dikatakan keluar bekerja dan memaklumkan kepada isterinya bahawa dia akan pulang keesokan pagi. 

Namun, dia pulang lebih awal daripada jangkaan dan dikatakan telah menemui mangsa bersama seorang lelaki lain di rumah.

Pertengkaran tercetus dan mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah selepas insiden itu. 

Malangnya, pada malam kejadian pembunuhan, mangsa dikatakan kembali ke rumah dan mencetuskan kekecohan, yang dipercayai menyebabkan suspek hilang kawalan.

Didorong tekanan serta kemarahan yang memuncak, suspek kemudian bertindak memenggal kepala isterinya dan membawa kepala mangsa ke Balai Polis Suryanagar, Anekal, Bengaluru

untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan kejam ini. -Agensi

Artikel Lain