suria

Bekas pensyarah ditemukan mati, masalah kesihatan dan peribadi dipercayai punca ambil nyawa sendiri

Bekas pensyarah tersebut memandu keretanya yang berwarna perak menuju ke sebuah wat sebelum mengambil nyawa sendiri. -Foto Bangkok Post

SEORANG bekas pensyarah berusia 85 tahun ditemukan mati di dalam kawasan sebuah wat, dalam kejadian pada tengah hari Selasa lalu. 

Menurut polis, jasad lelaki warga emas tersebut ditemukan di belakang tempat penyimpanan mayat yang dibakar di Wat Phra Si Mahathat, Bangkok.

Polis tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.30 tengah hari sejurus selepas menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan.

Hasil siasatan polis mendapati, warga emas tersebut yang pernah berkhidmat di Universiti Kasetsart dipercayai mengakhiri hidupnya kerana masalah kesihatan yang berterusan dan isu peribadi, berdasarkan keterangan anak perempuannya.

Dilaporkan, pada hari kejadian, warga emas tersebut keluar dari rumahnya di Chaeng Watthana, dengan memandu sedan Nissan berwarna perak menuju ke wat berkenaan.

Dia turut membawa bersama senjata api milik anaknya yang merupakan seorang anggota tentera, yang digunakan untuk mengambil nyawanya.

Untuk peringatan bersama, perbuatan membunuh diri merupakan dosa besar di sisi agama Islam. -Agensi 

 

Artikel Lain