suria

Ibu berpakat lakukan penderaan seksual... Biar kekasih, kawan 'ratah' anak bawah umur

Wanita itu dan teman lelakinya ditahan polis susulan kes penderaan seksual.

SEORANG wanita ditahan polis selepas disyaki membenarkan teman lelakinya melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya.

Lebih menjijikkan, wanita itu didakwa turut membenarkan seorang lagi individu melakukan perkara sama ke atas mangsa yang baru berusia 13 tahun.

Menurut kenyataan Pegawai Kanan Polis Haridwar, Paramendra Doval, teman lelaki ibu mangsa, Sumit Patwal ditahan berhubung kes itu manakala seorang lagi suspek sedang diburu.

Kejadian berlaku di New Delhi, India.

Difahamkan, wanita itu merupakan bekas pemimpin parti Bharatiya Janata Party (BJP).

Dia sudah berpisah dengan suaminya dan kini anak mereka tinggal bersama si bapa. 

Rahsia hitam itu terbongkar selepas remaja berkenaan memberanikan diri untuk menceritakan apa yang berlaku kepada bapanya.

Menerusi siasatan awal, gadis bawah umur itu mendakwa ibunya sendiri terlibat secara langsung dalam penderaan yang dialaminya.

Kes kini disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.-Agensi

Artikel Lain