suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rebah di mimbar masjid… Khatib meninggal dunia ketika baca khutbah kedua

Ustaz Yahya meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat. -Nur Hidayat Said//detikSulsel

SEORANG pendakwah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menyampaikan khutbah sebelum solat Jumaat.

Pemergian yang dicemburui umat Islam itu berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) ketika Ustaz Yahya Waloni sedang menyampaikan khutbah kedua.

Perkara itu disahkan Pengerusi Masjid Falah, Makassar di Indonesia, Syahruddin Usman.

"Benar, Ustaz Yahya meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah," katanya.

Difahamkan, Ustaz Yahya sebelum itu kelihatan bersemangat ketika menyampaikan khutbah pertama yang menyentuh mengenai perkara tauhid.

Namun ketika memasuki khutbah kedua, dia secara tiba-tiba terjatuh ketika berada di mimbar.

Susulan itu, pihak pengurusan dengan ahli keluarga arwah merancang untuk membawa jenazah ke Jakarta. -Agensi

Artikel Lain