SEORANG wanita didakwa cuba menendang penumpang lain keluar dari kereta api yang sedang bergerak selepas berlaku perselisihan faham mengenai akses untuk mendapatkan udara segar.Menerusi rakaman video tular, kedua-dua mereka juga didapati bertengkar mengenai perbualan telefon yang didakwa terlalu kuat. Kejadian bermula apabila seorang wanita yang memakai baju ungu dilihat memanjat ke tempat duduk dan menendang mangsa di bahagian dada, dua kali. Kemudian seorang saksi yang berbaju merah campur tangan, menggesa penyerang berhenti dan membawa mangsa ke tempat lain yang lebih selamat.Bagaimanapun ia sukar dilakukan dan pertengkaran menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pihak saling menuduh.Penyerang mendakwa dia hanya bercakap dengan suaminya melalui telefon, dan menuduh mangsa merenungnya tanpa sebab.Pada masa sama, dia turut bertengkar dengan adik mangsa yang didakwanya menghalang akses udara segar melalui tingkap kereta api.Kejadian berlaku pada 1 Jun ketika kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Bangkok ke Chiang Mai di Thailand.Salah seorang penumpang yang turut menjadi saksi kejadian berkata, penyerang berniat menendang mangsa keluar dari kereta api."Memilih kereta api untuk perjalanan lebih selamat, tetapi ini pula yang berlaku. "Ia baru sahaja berlaku. Penyerang berniat untuk menendang mangsa keluar dari kereta api. #StateRailwayOfThailand," coretnya di laman Facebook. -Agensi