suria

Tragis... Tiga sekeluarga maut akibat sesak nafas ketika bersihkan tangki septik

Kejadian tragis itu berlaku selepas terdapat kebocoran gas dari tangki septik lama bersebelahan. -Foto NDTV

TIGA sekeluarga maut akibat sesak nafas ketika membersihkan tangki septik di luar rumah mereka, dalam kejadian pada Rabu.

Menurut polis, mangsa yang maut dikenali sebagai Prahlad Mandal, 60, anak perempuannya Tanu Vishwas, 32, dan menantu lelakinya Kartik Vishwas yang berusia 38 tahun.

Difahamkan, tangki septik baharu yang berkedalaman kira-kira 8 kaki itu dibina oleh keluarga berkenaan selepas menghadapi beberapa masalah dengan tangki lama yang lebih kecil. 

Polis berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai turun ke tangki baharu itu untuk untuk pembersihan, namun berlaku kebocoran gas dari tangki septik lama bersebelahan. 

"Disebabkan kedalaman tangki baru, ketiga-tiga mereka tidak dapat keluar, kemudian mengalami sesak nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian," kata seorang pegawai polis.

Insiden tragis berkenaan dilaporkan berlaku di Pilibhit, Uttar Pradesh, India. 

Pemimpin tempatan dilaporkan akan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan insiden tersebut. -Agensi

 

Artikel Lain