suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 2 tahun maut terkena kapak dibaling bapa ketika halau monyet, rupanya ada ‘plot twist’

Mangsa maut akibat terkena kapak pada bahagian leher. -Foto NDTV

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terkena kapak yang dilempar bapanya ketika menghalau sekumpulan monyet dalam kejadian pagi Selasa.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Aarav sedang bermain di dalam kediaman namun terkena kapak di bahagian leher selepas bapanya, Lakhan Singh melemparnya dari atas bumbung.

Aarav mengalami pendarahan dan dikejarkan ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan.

Kejadian tragis itu berlaku di Morabad, India.

Insiden itu menjadi tanda tanya apabila keluarga mangsa mengebumikan jasadnya tanpa memaklumkan polis, sekali gus menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ahli keluarga yang lain.

Abang ipar Lakhan, Jitendra Singh mendakwa Aarav bukan mati akibat kemalangan tetapi dibunuh susulan berlaku pergaduhan antara Lakhan dengan isterinya, Anita.

Jitendra berkata Lakhan cuba mencederakan Aarav menggunakan kapak dipercayai untuk menakutkan isterinya. 

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tragis itu. -Agensi

 

Artikel Lain