suria

Didakwa cuba ‘serang’ ladang pertanian, saintis ditahan di airport... Polis dedah fungsi patogen kecil berwarna merah

Patogen yang dibawanya dipercayai boleh merosakkan tanaman seperti gandum dan barli.

SEORANG saintis China dituduh membawa virus bertoksik di dalam beg galasnya semasa memasuki Amerika Syarikat.

Patogen itu dikenali sebagai Fusarium graminearum, yang boleh menyerang gandum, barli, jagung dan beras serta ternakan dan manusia yang sakit.

Perkara itu dinyatakan pasukan FBI dalam pemfailan tuduhan di mahkamah di Detroit.

Malah mereka mengambil kira catatan dalam  jurnal saintifik yang menggambarkan patogen itu sebagai 'senjata agroterorisme berpotensi'. 

Pertuduhan sama turut dibuat terhadap teman wanitanya yang bekerja di makmal di Universiti Michigan.

Liu Zunyong, 34, dan Jian Yunqing, 33, didakwa atas tuduhan konspirasi, penyeludupan, membuat kenyataan palsu dan penipuan visa.

“Tindakan yang dikatakan warga China ini, termasuk ahli setia Parti Komunis China, adalah kebimbangan keselamatan negara yang paling serius,” kata Peguam U..Jerome Gorgon Jnr.

Jian hadir di mahkamah dan dikembalikan ke penjara untuk menunggu perbicaraan bon pada Khamis. -Agensi

Artikel Lain