suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka pelanggan cari barang, pemilik terkejut gajah liar selongkar rak... Badan hampir kena siling

Gajah liar masuk kedai runcit.

SEEKOR gajah liar mencetuskan kekecohan apabila tiba-tiba masuk dan menyelongkar beberapa rak berisi barang keperluan harian di sebuah kedai runcit.

Kejadian pada pukul 3 petang, Isnin itu menyebabkan pemilik kedai terbabit bersama beberapa orang pelanggannya melarikan diri.

Difahamkan, gajah liar itu berasal dari Taman Negara Khao Yai, Thailand.

Menerusi gambar yang dikongsikan, tulang belakang gajah itu hampir menyentuh siling stor kedai berkenaan.

Malah renjer Taman Negara dikerahkan ke lokasi bagi memujuk gajah tersebut untuk pulang semula ke habitatnya.

Proses pemujukan berlangsung selama 10 minit. -Agensi

Artikel Lain