suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 tahun tersimpan rapi, wanita cuba ‘leburkan’ anting-anting hadiah kahwin... Terus sugul lepas diperiksa kedai emas

Barang kemas merupakan hadiah berharga buat wanita. -Gambar hiasan

KENAIKAN harga emas membuatkan ramai yang mengambil peluang 'meleburkan' aset itu menjadi wang tunai.

Tidak ketinggalan, seorang wanita berusia 40 tahun cuba menjual anting-anting yang dihadiahkan bekas suaminya di awal perkahwinan mereka.

Dia yang teruja untuk membeli barang kemas tambahan, bagaimanapun berasa kecewa apabila dimaklumkan bahawa anting-anting tersebut bukan emas asli.

Sebaliknya, barang kemas berusia 10 tahun itu hanya 'bersalut emas'.

Lebih menyedihkan apabila dia menganggap sepasang anting-anting itu sebagai simbol cinta dan ikatan daripada pasangan yang dipercayai.

Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, wanita ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana anak perempuan yang berusia 12 tahun membantu menceriakan dirinya semula. -Agensi

Artikel Lain