suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang sate tak sedap, kuah tawar... Lelaki tikam peniaga hingga parah

Suspek (kiri) yang menikam seorang peniaga sate sudah ditahan untuk membantu siasatan. -Foto detikcom

GARA-GARA tidak berpuas hati, seorang pelanggan bertindak menikam peniaga sate kerana mendakwa jualan lelaki berkenaan tidak enak dan kurang bersih.

Menurut polis, hasil siasatan mendapati insiden tersebut bermula apabila suspek yang dikenali sebagai Erwin Suhendri, 33, tidak berpuas hati apabila sate yang dijual mangsa tidak sedap dan kuahnya berasa tawar.

Suspek kemudian menyerang mangsa menggunakan pisau yang dibawanya. 

Kejadian dilaporkan berlaku di Tanggamus, Lampung, Indonesia pada Jumaat malam.

Ketua Polis Pugung, Ipda Alfiyan Almasruri Ali berkata, akibat serangan suspek, mangsa mengalami luka di bahagian leher, tangan dan dada akibat ditikam bertubi-tubi.

Suspek berjaya diberkas pihak polis di kediamannya pada Sabtu untuk membantu siasatan manakala mangsa masih menerima rawatan di sebuah hospital.  -Agensi

Artikel Lain